SELAMAT DATANG KE LAMAN SK JELAWAT 2. PELBAGAI INFO BERKAITAN SEKOLAH AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA. .

Sabtu, 14 September 2013

PROGRAM TUNAS PRASEKOLAH PERINGKAT ZON

 

SK Jelawat 2 telah terpilih sebagai tuan rumah Program Tunas Prasekolah Peringkat Zon 3, PPD Bachok pada 04 September 2013 dan 07 September 2013. Program yang berlangsung di Dewan Munawwarah ini melibatkan penyertaan Prasekolah SK Jelawat 2 bersama lapan buah sekolah yang lain. 


 

 


Peserta-peserta cilik  yang mewakili sekolah masing-masing berjaya memeriahkan suasana dan menambat hati juri dengan pelbagai gaya persembahan.

 


 

 

 


 

 

 






Tuan Guru Besar, En. C.M. Sabri bin Ibrahim telah sudi menyempurnakan majlis perasmian-penutup dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.













Sebagai menghargai kesudian tuan Guru Besar yang meluangkan masa bagi menjayakan program, Pn Zuraidah binti Mohamed, guru Prasekolah SK Jelawat 2 telah menyampaikan cenderamata sebagai kenangan.


Berikut ialah senarai nama sekolah yang memenangi setiap kategori yang dipertandingkan:
A. Bahasa Melayu
Johan :  SK Jelawat 2
Naib Johan : SK Beris Lalang
Ketiga : SK Bukit Marak

B. Bahasa Inggeris
Johan :  SK Bukit Marak
Naib Johan : SK Jelawat 2
Ketiga : SK Beris Lalang

C. Nyanyian Solo
Johan :  SK Beris Lalang
Naib Johan : SK Jelawat 2
Ketiga : SK Bukit Marak

D. Action Songs
Johan :  SK Jelawat 2
Naib Johan : SK Seneng
Ketiga : SK Gunong

"Tahniah kepada semua yang telah menjayakan Program Tunas Prasekolah ini sama ada secara langsung atau secara tidak langsung".

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CONTOH AKTIVITI PdP

Jumlah Paparan Halaman