SELAMAT DATANG KE LAMAN SK JELAWAT 2. PELBAGAI INFO BERKAITAN SEKOLAH AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA. .

Sabtu, 14 September 2013

PROGRAM TUNAS PRASEKOLAH PERINGKAT ZON

 

SK Jelawat 2 telah terpilih sebagai tuan rumah Program Tunas Prasekolah Peringkat Zon 3, PPD Bachok pada 04 September 2013 dan 07 September 2013. Program yang berlangsung di Dewan Munawwarah ini melibatkan penyertaan Prasekolah SK Jelawat 2 bersama lapan buah sekolah yang lain. 


 

 


Peserta-peserta cilik  yang mewakili sekolah masing-masing berjaya memeriahkan suasana dan menambat hati juri dengan pelbagai gaya persembahan.

 


 

 

 


 

 

 






Tuan Guru Besar, En. C.M. Sabri bin Ibrahim telah sudi menyempurnakan majlis perasmian-penutup dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.













Sebagai menghargai kesudian tuan Guru Besar yang meluangkan masa bagi menjayakan program, Pn Zuraidah binti Mohamed, guru Prasekolah SK Jelawat 2 telah menyampaikan cenderamata sebagai kenangan.


Berikut ialah senarai nama sekolah yang memenangi setiap kategori yang dipertandingkan:
A. Bahasa Melayu
Johan :  SK Jelawat 2
Naib Johan : SK Beris Lalang
Ketiga : SK Bukit Marak

B. Bahasa Inggeris
Johan :  SK Bukit Marak
Naib Johan : SK Jelawat 2
Ketiga : SK Beris Lalang

C. Nyanyian Solo
Johan :  SK Beris Lalang
Naib Johan : SK Jelawat 2
Ketiga : SK Bukit Marak

D. Action Songs
Johan :  SK Jelawat 2
Naib Johan : SK Seneng
Ketiga : SK Gunong

"Tahniah kepada semua yang telah menjayakan Program Tunas Prasekolah ini sama ada secara langsung atau secara tidak langsung".

Rabu, 11 September 2013

PROGRAM MENJELANG UPSR 2013

Unit Kecemerlangan UPSR SK Jelawat 2 telah mengadakan beberapa program menjelang peperiksaan tersebut. Pecutan Akhir UPSR sesuai dengan namanya, merupakan suatu usaha akhir bagi memantapkan kejayaan sekolah. Program ini telah diadakan selama seminggu bermula pada hari Ahad, 1 September 2013 dan berakhir pada hari Sabtu 7 September 2013.

Slot Pengukuhan Ilmu
Guru-guru Tahun 6 menjalankan tugas mengikut jadual.
 
Waktu Makan
Jadual bertugas merangkumi penyediaan minuman dan pengawasan juga disediakan.


Majlis Restu Ilmu telah diadakan semasa Perhimpunan Mingguan Sekolah iaitu pada hari Ahad, 8 September 2013, disusuli pula Solat Hajat Perdana pada sebelah malamnya.

 
Pulut Kuning berhiaskan bunga telur sebagai penyeri.
 

  
Pembuka Majlis :
Bacaan Doa oleh Ustaz Ismail bin Mohd, dan 
Ucapan Guru Besar, En. C.M. Sabri bin Ibrahim.

Meredhakan Segala Ilmu :
Wakil Guru Bahasa Melayu, Pn. Che Husnaini dan 
Wakil Guru Bahasa Inggeris, Pn. Noor Atipah.


Wakil Guru Matematik, En. Abdul Aziz dan Wakil Guru Sains, En. Md. Roshdan.
 
Memohon kemaafan:
Semua calon UPSR bersalaman dengan semua guru.
 
Mendapat restu:
Pn. Hajah Siti Rahim dan Pn. Norliza menghalalkan segala pengorbanan 
dan mendoakan kejayaan anak masing-masing.

Sebahagian ibu bapa bersama anak-anak bersedia untuk bacaan Yassin
sebaik selesai Solat Maghrib berjemaah.

Bacaan Yassin beramai-ramai.

Pesanan tuan Guru Besar kepada ibu bapa dan calon-calon UPSR:
Pentingkan penjagaan kesihatan dan kurangkan aktiviti hiburan.


 
Jamuan Makan Malam:
Para tetamu dan calon-calon UPSR menikmati menu makan malam selepas Solat Hajat.

Selasa, 3 September 2013

PROGRAM REHAT MINDA MURID TAHUN 6 & KONVOI MERDEKA KE-56 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN JELAWAT 2

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah SWT kerana pada tanggal 1 September 2013 (Ahad), SK jelawat 2 telah berjaya menjalankan aktiviti Rehat Minda bagi Murid Tahun 6 dan Konvoi Merdeka Ke-56 peringkat sekolah dengan jayanya. Program tersebut telah dimulakan dengan acara menghias kereta dengan bendera jalur gemilang. Tepat jam 8.30 pagi, pasukan Konvoi Merdeka SK Jelawat 2 memulakan perjalanan dari pintu pagar SK Jelawat 2 menuju ke Sri Nipah Resort, Bachok. Peserta Konvoi Merdeka pada kali ini terdiri daripada guru-guru, staf, keluarga guru dan staf serta murid-murid SK Jelawat 2. Banyak aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan bagi memeriahkan program tersebut. Berikut adalah rakaman beberapa aktiviti yang telah dijalankan :





























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CONTOH AKTIVITI PdP

Jumlah Paparan Halaman