SELAMAT DATANG KE LAMAN SK JELAWAT 2. PELBAGAI INFO BERKAITAN SEKOLAH AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA. .

Selasa, 9 April 2013

PERUBAHAN BARISAN PENTADBIRAN SEKOLAH

Sekalung tahniah diucapkan kepada Encik Mohd. Yasin bin Abdullah di atas kenaikan pangkat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) bagi menggantikan En. Che Zahari bin Che Ali yang telah bertukar ke SK Seneng.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas komitmen tinggi Encik Che Zahari bin Che Ali, sepanjang bertugas sebagai Penolong Kanan HEM di SK Jelawat 2. Segala usaha tuan hanya Tuhan yang mampu membalasnya.

Ucapan Selamat Datang dan Selamat Bertugas untuk Encik Adnan bin Mohamad yang telah dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu.

Semoga SK Jelawat 2 terus berjaya dan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang sama ada dalam akademik, bukan akademik dan sahsiah. Insya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CONTOH AKTIVITI PdP

Jumlah Paparan Halaman