SELAMAT DATANG KE LAMAN SK JELAWAT 2. PELBAGAI INFO BERKAITAN SEKOLAH AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA. .

Selasa, 21 Mei 2013

MAJLIS KESYUKURAN KECEMERLANGAN UPSR DAN ANUGERAH BAI'AH 2012


Pada 19 Mei 2013, sekali lagi SK Jelawat 2 mengadakan Majlis Kesyukuran Kecemerlangan UPSR dan Anugerah Bai'ah selepas mengadakan majlis yang sama buat kali pertama pada 5 April 2012.

Majlis yang amat bermakna ini telah dibuat persiapan yang rapi dengan melibatkan semua warga sekolah, terutamanya sehari sebelum majlis.








Kepimpinan Tuan Guru Besar, En. C.M. Sabri bin Ibrahim, yang dibantu oleh barisan penolong kanan berwibawa terdiri daripada Tn. Hj. Zahari bin Daud (PKP), En. Mohd. Yasin bin Abdullah (PKHEM), dan En. Adnan bin Mohamed (PKKokurikulum), serta kesepakatan dan kesungguhan semua guru juga kakitangan sekolah merupakan penyumbang utama kepada kejayaan serta kelancaran majlis. 


 



Para jemputan yang hadir bukan sahaja memeriahkan majlis malah juga membuktikan hubungan baik yang terjalin di antara pihak sekolah dengan pemimpin golongan pendidik dan ibu bapa atau penjaga.



Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Ab. Aziz bin Abdullah, Ketua Sektor Unit Pengurusan Sekolah, JPN Kelantan, yang dihormati Puan Hajah Fuziah binti Othman, Mantan Guru Besar SK Jelawat 2, dan Encik Sirajuddin, Mantan YDP PIBG SK Jelawat 2, di atas kesudian menghadiri dan memeriahkan majlis kesyukuran ini.   


Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik C.M. Sabri bin Ibrahim, di atas Anugerah Bai'ah yang diperolehi. Semoga lebih banyak kejayaan yang dikecapi sekolah di bawah kepimpinan Tuan Guru Besar. In Shaa Allah.

Jumaat, 17 Mei 2013

SAMBUTAN HARI GURU : 16 MEI 2013

"Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda" merupakan tema perayaan Hari Guru bagi tahun 2013. Warga SK Jelawat 2 telah memeriahkan sambutan Hari Guru dengan pelbagai acara yang dapat mengeratkan hubungan dan mempertingkatkan kerjasama di antara satu sama lain.

Seperti lazimnya, perayaan ini memuatkan ucapan dan penyampaian perutusan, diikuti nyanyian lagu "Guru Malaysia" dan lafaz "Ikrar Guru". 

  
Acara senamrobik yang melibatkan semua warga sekolah berjaya menghangatkan suasana perayaan.




Sikap sporting guru-guru semasa mengambil bahagian dalam acara sukaneka juga mewarnai kemeriahan sambutan.
 



 



Acara persembahan murid-murid dan wakil guru ternyata  menghiburkan.



Tahniah kepada semua warga SK Jelawat 2 dan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang sentiasa menunjukkan komitmen tinggi dalam setiap program yang dijalankan

KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN PBS TAHUN 4 : PELAKSANAAN 2014

Pejabat Pelajaran Daerah Bachok telah mengadakan Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 bagi pelaksanaan tahun 2014. 

Kursus selama empat hari ini telah dijalankan di PSS SK Jelawat 2 bermula 14hb Mei 2013. Seramai 68 orang guru-guru Matematik dan Dunia Sains Teknologi daripada 34 buah sekolah rendah di daerah Bachok telah dipilih sebagai peserta kursus Kumpulan 1. 

Pegawai PPD, Puan Soo Ah Khem selaku pegawai yang bertanggung jawab terhadap pelaksanaan KSSR dan PBS telah menyampaikan taklimat kepada para peserta kursus.


Ahad, 5 Mei 2013

Majlis Penyampaian KWAPM dan E-Kasih Murid-Murid Tahun 2 Hingga 6

Majlis Penyampaian KWAPM dan E-Kasih Murid-Murid Tahun 2 Hingga 6 telah diadakan pada 3 hb Mei 2013 bertempat di Dewan Munawwarah SK Jelawat 2.


Yang Berbahagia Dato' Dr. Ilias bin Haji Hussin telah sudi meluangkan masa beliau untuk bersama-sama para ibu bapa dan penjaga kepada seramai 101 orang penerima KWAPM dan 4 orang penerima E-Kasih dalam majlis tersebut. Terima kasih Dato' dan Selamat Maju Jaya.

Rabu, 1 Mei 2013

Pemantauan Pelaksanaan Amalan MMI : Melindungi Masa Instruksional


INSTRUMEN PEMANTAUAN

Pada hari Isnin 29 April 2013, SK Jelawat 2 telah menerima kunjungan dua orang Pegawai Pemantau MMI dari Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Encik Moskaya Kama bin Mohamed dan Encik Norhisham bin Haji Omar yang diiringi Pegawai Penghubung MMI PPD Bachok, Puan Soo Ah Khem.

Kedua-dua orang pegawai dari JPN Negeri Sembilan itu telah berkongsi banyak input berguna untuk dijadikan panduan dalam pelaksanaan MMI yang berkesan. Berdasarkan pemantauan yang telah dibuat, amalan MMI di SK Jelawat 2 berada pada tahap yang baik namun masih ada beberapa elemen yang perlu dibuat penambahbaikan.

Sesi Taklimat Dapatan Keseluruhan

Sebagai penghargaan dan kenangan, Tuan Guru Besar, Encik C.M. Sabri bin Che Ibrahim telah sudi menyampaikan cenderahati kepada pegawai-pegawai pemantau iaitu Encik Moskaya Kama bin Mohamed dan Encik Norhisham bin Haji Omar serta Pegawai Penghubung MMI PPD Bachok, Puan Soo Ah Khem.

Penyampaian Cenderahati

Pihak sekolah amat berbesar hati menerima segala teguran dan cadangan serta berharap dapat merealisasikan Pelan Tindakan MMI mengikut saranan Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Kenangan Pihak Pentadbir Sekolah Bersama Pegawai Pemantau MMI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CONTOH AKTIVITI PdP

Jumlah Paparan Halaman