SELAMAT DATANG KE LAMAN SK JELAWAT 2. PELBAGAI INFO BERKAITAN SEKOLAH AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA. .

Rabu, 11 September 2013

PROGRAM MENJELANG UPSR 2013

Unit Kecemerlangan UPSR SK Jelawat 2 telah mengadakan beberapa program menjelang peperiksaan tersebut. Pecutan Akhir UPSR sesuai dengan namanya, merupakan suatu usaha akhir bagi memantapkan kejayaan sekolah. Program ini telah diadakan selama seminggu bermula pada hari Ahad, 1 September 2013 dan berakhir pada hari Sabtu 7 September 2013.

Slot Pengukuhan Ilmu
Guru-guru Tahun 6 menjalankan tugas mengikut jadual.
 
Waktu Makan
Jadual bertugas merangkumi penyediaan minuman dan pengawasan juga disediakan.


Majlis Restu Ilmu telah diadakan semasa Perhimpunan Mingguan Sekolah iaitu pada hari Ahad, 8 September 2013, disusuli pula Solat Hajat Perdana pada sebelah malamnya.

 
Pulut Kuning berhiaskan bunga telur sebagai penyeri.
 

  
Pembuka Majlis :
Bacaan Doa oleh Ustaz Ismail bin Mohd, dan 
Ucapan Guru Besar, En. C.M. Sabri bin Ibrahim.

Meredhakan Segala Ilmu :
Wakil Guru Bahasa Melayu, Pn. Che Husnaini dan 
Wakil Guru Bahasa Inggeris, Pn. Noor Atipah.


Wakil Guru Matematik, En. Abdul Aziz dan Wakil Guru Sains, En. Md. Roshdan.
 
Memohon kemaafan:
Semua calon UPSR bersalaman dengan semua guru.
 
Mendapat restu:
Pn. Hajah Siti Rahim dan Pn. Norliza menghalalkan segala pengorbanan 
dan mendoakan kejayaan anak masing-masing.

Sebahagian ibu bapa bersama anak-anak bersedia untuk bacaan Yassin
sebaik selesai Solat Maghrib berjemaah.

Bacaan Yassin beramai-ramai.

Pesanan tuan Guru Besar kepada ibu bapa dan calon-calon UPSR:
Pentingkan penjagaan kesihatan dan kurangkan aktiviti hiburan.


 
Jamuan Makan Malam:
Para tetamu dan calon-calon UPSR menikmati menu makan malam selepas Solat Hajat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CONTOH AKTIVITI PdP

Jumlah Paparan Halaman