SELAMAT DATANG KE LAMAN SK JELAWAT 2. PELBAGAI INFO BERKAITAN SEKOLAH AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA. .

Khamis, 21 November 2013

DEBARAN UPSR 2013 SUDAH BERAKHIR


Keputusan UPSR 2013 telahpun diketahui pada 14 November yang lalu. Alhamdulillah, daerah Bachok dapat mengekalkan prestasi cemerlang dengan mengungguli tempat pertama dalam kedudukan keseluruhan negeri Kelantan, diikuti daerah Pasir Mas di tempat kedua, dan Pasir Puteh di tempat ketiga.

Seramai 14 orang daripada kesemua 39 orang calon UPSR SK Jelawat 2 telah memperolehi keputusan 5A.  Keputusan tersebut telah melayakkan sekolah ini untuk berada di tempat keempat dalam kategori 10 buah sekolah terbaik daerah Bachok. Manakala berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu 1.41, SK Jelawat 2 menduduki tempat kedua dalam Kelantan.

 

Rakaman gambar-gambar berikut menyorot kembali suasana sebelum dan selepas keputusan UPSR diumumkan;

 Tuan Guru Besar, En. C.M Sabri, dan PK Pentadbiran, Tn. Hj. Zahari 
mengumumkan keputusan kepada semua guru.

 Calon-calon UPSR resah semasa menanti keputusan diumumkan.

 Penerima 5A yang terdiri daripada 6 orang lelaki dan 8 orang perempuan 
bergambar kenangan bersama barisan pentadbir dan tenaga pengajar tahun 6.

 Wajah-wajah riang yang mensyukuri kejayaan.

  Lawatan Kecemerlangan UPSR oleh Timbalan Pengarah Pendidikan, Tuan Haji Zahari bin Daud telah menyuntikkan semangat semua guru untuk terus menghasilkan yang terbaik.

Selasa, 29 Oktober 2013

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN GURU DAN STAF SK JELAWAT 2 2013

Syukur Alhamdulillah... SK Jelawat 2 telah berjaya menganjurkan Jamuan Akhir Tahun Guru Dan Staf SK Jelawat 2 bagi tahun 2013. Majlis ini telah diadakan di Khalifa Suite Hotel & Apartment di Kota Bharu pada 23 Oktober 2013. Tepat jam 2.30 petang Pengacara Majlis iaitu Cik Sarina telah memulakan majlis dalam keadaan penuh ceria. Berikut adalah gambar-gambar yang menunjukkan suasana kemeriahan majlis tersebut.

Bacaan doa oleh Ustaz Azizi 
Model SK Jelawat 2


Ahli Silap Mata yang cukup handal....
sedang menunggu untuk membuat magik.
Sabar menunggu
                   












                                                                                          

Pemimpin yang disayangi GB SK Jelawat 2
sedang memberi ucapan dan amanat
Emmm Sedapnya....... boleh tambah lagi.

































































































Berikut adalah pemenang-pemenang bagi cabutan bertuah!
(Memang betul-betul bertuah la dia orang ni....)

En C.M Sabri Bin Ibrahim
GURU BESAR SK JELAWAT 2


                                
































































 

 

Penyampaian cenderamata kepada guru-guru dan staf SK Jelawat 2.
Sebahagian daripada penerima...

   

   

   


Ahad, 27 Oktober 2013

SK JELAWAT 2 FAN PAGE

Jika dihitung mulai 13 Februari 2013 sehingga tarikh catatan ini ditulis, blog  SK Jelawat 2 telah berusia lapan bulan. Alhamdulillah, kini terdapat hampir 50 orang rakan-rakan facebook SK Jelawat 2 Fan Page. Hanya ungkapan terima kasih yang dapat diucapkan di atas sokongan moral rakan-rakan. Sokongan kalian amat bermakna buat admin sebagai pentadbir blog, rakan-rakan pengarang, dan seluruh warga sekolah dalam menyampaikan info-info terkini khususnya berkaitan aktiviti-aktiviti sekolah. Tingkatkan sokongan kalian bagi memantapkan kecemerlangan SK Jelawat 2. Tahniah buat semua yang terlibat secara langsung mahu pun secara tidak langsung dalam merealisasikan blog SK Jelawat 2.



Selasa, 22 Oktober 2013

AKTIVITI SELEPAS UPSR ( BAHAGIAN 2 )

Beberapa aktiviti lain telah dirancang bagi memastikan murid-murid Tahun 6 mendapat pelbagai pengetahuan yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan.

1. Gotong-Royong Bilik BOSS

Tarikh: 07 Oktober 2013
Kelolaan: Unit Buku Teks






2. Membuat Kad Kreatif

Tarikh: 07 Oktober 2013
Kelolaan: Panitia Pendidikan Seni






3. Panduan Solat Jenazah

Tarikh: 14 Oktober 2013
Kelolaan: Panitia Pendidikan Islam







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CONTOH AKTIVITI PdP

Jumlah Paparan Halaman