SELAMAT DATANG KE LAMAN SK JELAWAT 2. PELBAGAI INFO BERKAITAN SEKOLAH AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA. .

Isnin, 19 Januari 2015

PENCAPAIAN UPSR 2014

Alhamdulillah. Syukur atas limpah kurniaan Allah s.w.t. Semua warga SK Jelawat 2 merasa amat gembira dengan pencapaian UPSR 2014. Keputusan yang telah diumumkan pada 26 November yang lalu menunjukkan bahawa usaha yang gigih beserta tawakkal kepadaNya akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pihak pentadbir sekolah khasnya Guru Besar SK Jelawat 2, Encik C.M Sabri bin Ibrahim, guru-guru Tahun 6 dan semua calon UPSR kerana berjaya mencatat kejayaan cemerlang berdasarkan kelulusan am 96 peratus, Gred Purata Sekolah (GPS) 1.29 dengan 23 orang daripada 50 orang calon memperoleh keputusan 5A. Sekaligus melayakkan SK Jelawat 2 menduduki tempat pertama di negeri Kelantan.

Semoga SK Jelawat 2 terus cemerlang dan berjaya melahirkan generasi yang gemilang. In Shaa Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CONTOH AKTIVITI PdP

Jumlah Paparan Halaman