SELAMAT DATANG KE LAMAN SK JELAWAT 2. PELBAGAI INFO BERKAITAN SEKOLAH AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA. .

Jumaat, 26 Julai 2013

LAWATAN PENANDA ARAS KSSR OLEH SK JURU, PULAU PINANG





Pada 7 Julai 2013 yang lalu, warga SK Jelawat 2 telah menerima satu lawatan penanda aras KSSR dari Sekolah Kebangsaan Juru, Pulau Pinang. Lawatan ini melibatkan seramai 40 orang guru diketuai oleh Tuan Guru Besar, Encik Jabri bin Hasan.

Encik Rostan bin Ismail, Penyelia Pelajaran Kanan (Pengurusan Murid) JPN Kelantan telah mengiringi para peserta dan disambut oleh barisan pentadbir sekolah bersama Puan Soo Ah Khem, Penolong PPD Pengurusan Kurikulum (Bahasa) dan Puan Hajah Anawiyah binti Abu Samah,  Penolong PPD Pengurusan Kualiti, termasuk warga sekolah.



Tuan Haji Zahari bin Daud, PK Pentadbiran telah menyampaikan satu taklimat mengenai profil sekolah dan pelaksanaan KSSR bertempat di PSS SK Jelawat 2. 


Encik Jabri bin Hasan dalam ucapannya menyatakan penghargaan di atas kerjasama yang diberikan dan berharap ianya dapat diteruskan bagi kebaikan bersama. 



 

Di akhir majlis taklimat, kedua-dua pihak saling bertukar cenderamata sebagai kenangan.















Semoga lawatan ini memberikan input yang positif dalam usaha memperkasakan KSSR disamping mewujudkan hubungan baik antara SK Jelawat 2 dan SK Juru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CONTOH AKTIVITI PdP

Jumlah Paparan Halaman