SELAMAT DATANG KE LAMAN SK JELAWAT 2. PELBAGAI INFO BERKAITAN SEKOLAH AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA. .

Selasa, 19 Mac 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN BAI’AH / NEW DEAL KPM KALI KE - 2 KEPADA SK JELAWAT 2

SK Jelawat 2 sekali lagi dianugerahkan Sijil Penghargaan Tawaran Baru Guru Besar ( Bai’ah / New Deal ) bagi tahun 2012, selepas berjaya meraih kejayaan sulungnya pada tahun 2011. Majlis ringkas yang diadakan di Dewan Munawarrah SK Jelawat 2 ini telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah  Bachok, Tuan Hj Saupi bin Majid pada 18 Mac 2013.


Encik C.M. Sabri bin Ibrahim selaku Guru Besar SK Jelawat 2 menerima Sijil Penghargaan Bai’ah / New Deal tersebut daripada Tuan Hj Saupi bin Majid disaksikan oleh guru-guru dan murid-murid SK Jelawat 2. 
Tahniah kepada semua warga SK Jelawat 2 di atas kejayaan mencipta nama sebagai salah sebuah sekolah yang cemerlang di PPD Bachok.

Ahad, 3 Mac 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG BIL. 5 SESI 2012/2013


Mesyuarat Agung PIBG Bil. 5 Sesi 2012/2013, SK Jelawat 2 telah berjaya diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 2 Mac 2013 ( Sabtu )
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Munawwarah SK Jelawat 2

Perasmian telah disempurnakan oleh Y.B. Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. Pada majlis tersebut, Y.B. Dato' Dr. Awang Adek telah sudi  menyampaikan sumbangan sebanyak RM 5 ribu kepada Tabung PIBG bagi pembangunan sekolah. Pihak sekolah amat berterima kasih di atas sumbangan yang amat bernilai itu.


Y.B. Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, menyampaikan replika cek bernilai RM 5 Ribu kepada YDP PIBG, En Azhar bin Mohd. Nayan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CONTOH AKTIVITI PdP

Jumlah Paparan Halaman