SELAMAT DATANG KE LAMAN SK JELAWAT 2. PELBAGAI INFO BERKAITAN SEKOLAH AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA. .

Sabtu, 22 Februari 2014

PEMANTAUAN TAWARAN BARU (NEW DEAL) GURU BESAR KALI KETIGA

Pada tarikh 6 Februari 2014, sekali lagi tercatat sejarah bermakna di SK Jelawat 2. Seorang pegawai dari Jemaah Nazir negeri Perak, dan dua orang pegawai Nazir Jaminan Kualiti masing-masing dari negeri Johor dan Kelantan telah mengadakan lawatan pemantauan bagi pencalonan anugerah Tawaran Baru Guru Besar atau lebih dikenali sebagai Bai'ah buat kali ketiga. Kehadiran mereka telah disambut mesra oleh barisan pentadbir yang diketuai tuan guru besar, Encik C.M. Sabri bin Ibrahim sebelum diiring ke Bilik Mesyuarat Utama.
 

 

Pengalaman sebagai penerima anugerah Bai'ah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2011 dan 2012, menjadi panduan berharga kepada semua guru dan staf untuk membuat persiapan yang sebaik mungkin. Justeru, dokumentasi yang terdiri daripada fail-fail Unit Kurikulum, Unit Hal Ehwal Murid, Unit Kokurikulum, dan Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah (SPKS) dilengkapi bagi tujuan semakan.


 

Tuan guru besar juga telah membentangkan pencapaian sekolah secara keseluruhan yang merangkumi aspek-aspek pentadbiran, pengurusan, kejayaan dalam kurikurikulum, hal ehwal murid, dan kokurikulum, serta penglibatan guru besar dan sekolah dalam hubungan komuniti. Seusai pembentangan, tuan guru besar telah mengiringi pegawai pemantau melawat persekitaran sekolah termasuk kelas Pendidikan Khas, Kantin, Prasekolah,  dan PSS.


Bermula 9.15 pagi, ketiga-tiga orang nazir membuat pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Guru-guru yang terlibat dalam pemantauan ialah tuan guru besar Encik C.M. Sabri bin Ibrahim (Sivik dan Kewarganegaraan kelas 6 Murabbi), Puan Noor Atipah binti Che A. Bakar (Bahasa Inggeris kelas 5 Mudarris) dan Encik Mohd Roshdan bin Mohd Noor (Sains kelas 5 Murabbi).


Sesi pemantauan selesai pada pukul 2.00 petang, dan pihak sekolah berbesar hati diberi kata-kata perangsang daripada kesemua nazir yang terlibat. Kami warga SK Jelawat 2 juga mengharapkan pemantauan kali ini menghasilkan sesuatu yang positif seperti tahun-tahun sebelumnya. Pastinya ia dapat menyuntik semangat untuk terus bersaing dengan sekolah-sekolah hebat yang lain bagi meningkatkan kualiti pencapaian sekolah.

 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CONTOH AKTIVITI PdP

Jumlah Paparan Halaman