SELAMAT DATANG KE LAMAN SK JELAWAT 2. PELBAGAI INFO BERKAITAN SEKOLAH AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA. .

Selasa, 27 Ogos 2013

SAMBUTAN AIDIL FITRI PERINGKAT SEKOLAH

Alhamdulillah, Hari Raya Aidil Fitri peringkat sekolah telah disambut meriah pada hari Sabtu, 24 Ogos 2013 bermula jam 11.00 pagi hingga 1.15 petang. Program sambutan dimulai dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar, Encik C.M. Sabri bin Ibrahim. Warga sekolah dihiburkan dengan persembahan murid-murid dan guru-guru sebelum menikmati juadah yang tersedia. Berikut ialah rakaman suasana sekitar program tersebut:






















Ahad, 4 Ogos 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN DUIT RAYA

Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan satu majlis Penyampaian Duit Raya pada 1 Ogos 2013. Tujuan utama majlis ini diadakan ialah untuk meraikan anak-anak yatim dan murid-murid dari keluarga yang kurang berkemampuan. Guru-guru kelas juga turut menyampaikan duit raya kepada murid-murid mengikut kelas masing-masing.







Sabtu, 3 Ogos 2013

PERJUMPAAN KHAS IBU BAPA DAN GURU CALON UPSR

Pada 21 Julai 2013, satu perjumpaan khas ibu bapa dan guru-guru calon UPSR telah diadakan di Dewan Peperiksaan UPSR sekolah. Majlis ini berlangsung selama 3 jam bemula pukul 10.30 pagi dan dihadiri oleh seramai 39 orang ibu bapa atau penjaga calon-calon UPSR bagi tahun 2013.

Selain taklimat yang disampaikan oleh PK Pentadbiran, Tn. Hj. Zahari bin Daud, sesi perbincangan antara ibu bapa atau penjaga bersama guru-guru tahun 6 turut diadakan. Melaluinya pelbagai info berkaitan program kecemerlangan UPSR telah dimaklumkan disamping sumbang-saran ke arah penyelesaian masalah pembelajaran yang melibatkan calon-calon UPSR. 


MAKAN COLEK DI RESTORAN DUA MUSIM, PADANG SRI PADUKA, KUBANG KERIAN

Pada malam 22 Julai 2013, sesudah melakukan solat tarawih, semua guru lelaki dan staf SK Jelawat 2 telah meluangkan masa untuk bersama-sama menikmati hidangan ringan di Restoran Dua Musim yang terletak di Padang Sri Paduka, Kubang Kerian. Aktiviti santai ini sekadar untuk merehatkan minda disamping mengeratkan ikatan silaturrahim antara satu sama lain.



MAJLIS BERBUKA PUASA 1434 HIJRAH

Satu majlis berbuka puasa untuk semua guru dan kakitangan sekolah bersama keluarga masing-masing telah diadakan di Dewan Munawwarah pada hari Selasa, 23 Julai  2013 bersamaan 14 Ramadhan 1434H. 

Majlis ini turut dihadiri oleh wakil-wakil PPD, Tuan Haji Aziz bin Satar dan Puan Saimah binti Ismail, mantan PK Pentadbiran SK Jelawat 2 merangkap Guru Besar SK Kampung Chap, Puan Hajah Nik Rahmah binti Nik Kar, serta AJK-AJK PIBG.


Persiapan Awal




Sebelum Berbuka Puasa



Terima kasih di atas kerjasama semua yang telah menjayakan majlis berbuka puasa ini.

PEMBUDAYAAN KSSR

PENGENALAN KSSR

SUDUT PANITIA BAHASA MALAYSIA

SUDUT PANITIA BAHASA INGGERIS

 
SUDUT PANITIA MATEMATIK

SUDUT PANITIA SAINS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CONTOH AKTIVITI PdP

Jumlah Paparan Halaman