INSTRUMEN PEMANTAUAN
Pada hari Isnin 29 April 2013, SK Jelawat 2 telah menerima kunjungan dua orang Pegawai Pemantau MMI dari Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Encik Moskaya Kama bin Mohamed dan Encik Norhisham bin Haji Omar yang diiringi Pegawai Penghubung MMI PPD Bachok, Puan Soo Ah Khem.
Kedua-dua orang pegawai dari JPN Negeri Sembilan itu telah berkongsi banyak input berguna untuk dijadikan panduan dalam pelaksanaan MMI yang berkesan. Berdasarkan pemantauan yang telah dibuat, amalan MMI di SK Jelawat 2 berada pada tahap yang baik namun masih ada beberapa elemen yang perlu dibuat penambahbaikan.

Sesi Taklimat Dapatan Keseluruhan
Sebagai penghargaan dan kenangan, Tuan Guru Besar, Encik C.M. Sabri bin Che Ibrahim telah sudi menyampaikan cenderahati kepada pegawai-pegawai pemantau iaitu Encik Moskaya Kama bin Mohamed dan Encik Norhisham bin Haji Omar serta Pegawai Penghubung MMI PPD Bachok, Puan Soo Ah Khem.
Penyampaian Cenderahati
Pihak sekolah amat berbesar hati menerima segala teguran dan cadangan serta berharap dapat merealisasikan Pelan Tindakan MMI mengikut saranan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kenangan Pihak Pentadbir Sekolah Bersama Pegawai Pemantau MMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan