SELAMAT DATANG KE LAMAN SK JELAWAT 2. PELBAGAI INFO BERKAITAN SEKOLAH AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA. .

Selasa, 8 Januari 2013

KEJAYAAN SEKOLAH

UPSR 2012

Alhamdulillah. Berkat kesungguhan, kecekalan, keazaman, dan komitmen tinggi semua warga sekolah sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam merancang dan menjayakan program kecemerlangan UPSR, telah membuahkan hasil yang membanggakan. Tahun ini pencapaian UPSR meningkat lagi.

Seramai 14 orang murid-murid Tahun 6 yang terdiri daripada 8 orang perempuan dan 6 orang lelaki telah memperolehi keputusan 5A. Manakala seramai 11 orang yang terdiri daripada 4 orang murid perempuan dan 7 orang murid lelaki memperolehi keputusan 4A.

Walaupun jumlah peningkatannya kecil berbanding pencapaian 2011, iaitu daripada 11 orang kepada 14 orang, semua warga sekolah dengan rasa bangga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang berjaya, kerana kalian memang berhak di atas keputusan yang diperolehi. Kepada murid-murid yang gagal memperolehi keputusan yang cemerlang, jangan putus asa, tugas kalian sebagai pelajar tidak terhenti di sini.


***************************************************************************
 Kenangan...

Murid-murid cemerlang yang memperolehi 5A dan 4A bergambar kenangan bersama Pihak Pentadbir Sekolah, YDP PIBG dan Guru-Guru Tahun 6 yang berwibawa.




Tahniah kepada;
Dari kiri: Siti Mariam, Nor Fadhlini, Naylisha, Dinie, Nik Izzaty, Aminah, Siti Hajar, dan Raja Nor Ruzaini.

Dari kiri: Aiqal Fikri, Amirul Aizat, Zulkhairil Hafiz, M. Aqil, dan M. Zakwan.
Tiada dalam gambar: Alif.




Kejayaan Kalian Kebanggaan Semua. 

*********************************************** 
Keratan Akhbar : Utusan Malaysia 19 November


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CONTOH AKTIVITI PdP

Jumlah Paparan Halaman