SELAMAT DATANG KE LAMAN SK JELAWAT 2. PELBAGAI INFO BERKAITAN SEKOLAH AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA. .

Selasa, 8 Januari 2013

TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN KUALITI SEKOLAH (SPKS)

 Taklimat Sehari SPKS

Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SK Jelawat 2, 30 Disember 2012, satu taklimat khas Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah (SPKS) telah diadakan. Pegawai dari Sektor Jaminan Kualiti JPN Kelantan, iaitu Tuan Haji Zuni bin Mohamed, Penolong Pengarah Bahagian Kualiti, dan Encik Mohd. Ruslam bin Ab. Rahman telah sudi meluangkan masa untuk menyampaikan taklimat tersebut. Puan Hajah Anawiyah bt Abu Samah, selaku Penghulu Nita SK Jelawat 2, merangkap Pegawai Kualiti, PPD Bachok turut sama hadir.

Banyak input berguna yang diperolehi guru-guru berkaitan penyelenggaraan fail secara sistematik merangkumi pengurusan-pengurusan panitia, jadual waktu, pengajaran dan pembelajaran, pencerapan, peperiksaan, hasil kerja murid, mesyuarat, maklum balas pelanggan, PSS, perkembangan staf, perolehan dan pembelian, serta bimbingan dan kaunseling.

Di atas penerangan dan perkongsian yang amat berguna ini warga sekolah merakamkan berbanyak terima kasih. Semoga SK Jelawat 2 terus perkasa dalam pendidikan. Insya Allah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CONTOH AKTIVITI PdP

Jumlah Paparan Halaman