SELAMAT DATANG KE LAMAN SK JELAWAT 2. PELBAGAI INFO BERKAITAN SEKOLAH AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA. .

Isnin, 3 Februari 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS DAN PELANCARAN MINGGU DISIPLIN SK JELAWAT 2 2014

Tarikh : 19 Januari 2014
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Munawwarah

Bersempena pelancaran Minggu Disiplin SK Jelawat 2, Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS telah diadakan. Majlis ini bertujuan mengiktiraf tugas pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah. Berikut ialah aturcara majlis tersebut:

  • Ucapan oleh Penolong Kanan Pentadbiran: Tn Hj Zahari bin Daud 
  • Nyanyian Lagu Kebangsaan: Negaraku 
  • Bacaan doa 
  • Ucapan oleh Yang Setia Tuan Inspektor Mohd Khairul Mubarak bin Mohamed 
  • Gimik pelancaran
  • Penyampaian watikah 
  • Lafaz ikrar pengawas 
  • Penyampaian cenderahati 
  • Sesi Fotografi untuk kenangan

Dif jemputan, para guru dan murid-murid berhimpun di Dewan Munawwarah.
 
 
 Nyanyian Lagu Kebangsaan dan Bacaan Doa.

Ucapan oleh PK Pentadbiran SK Jelawat 2, Tn Hj Zahari bin Daud dan 
Yang Setia Tuan Inspektor Mohd Khairul Mubarak bin Mohamed, dari IPD Bachok.

Gimik Pelancaran Minggu Disiplin SK Jelawat 2.

Pelaksanaan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah 
dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
















Lafaz Ikrar Pengawas diketuai oleh Siti Nursyafiqah, Ketua Pengawas SK Jelawat 2.

Penyampaian Cenderahati.

Foto Kenangan.

Jumaat, 24 Januari 2014

SESI PERSEKOLAHAN DAN CABARAN BAHARU

Alhamdulillah. Sesi persekolahan bagi tahun 2014 telah pun bermula 01 Januari yang lalu. Syabas dan tahniah kepada pihak pentadbir sekolah khasnya tuan guru besar yang telah menerima pencalonan Tawaran New Deal Guru Besar bagi pencapaian tahun 2013. Tidak lupa juga diucapkan Selamat Menjalankan Tugas dengan penuh rasa tanggungjawab kepada semua warga SK Jelawat 2. 



Khamis, 21 November 2013

DEBARAN UPSR 2013 SUDAH BERAKHIR


Keputusan UPSR 2013 telahpun diketahui pada 14 November yang lalu. Alhamdulillah, daerah Bachok dapat mengekalkan prestasi cemerlang dengan mengungguli tempat pertama dalam kedudukan keseluruhan negeri Kelantan, diikuti daerah Pasir Mas di tempat kedua, dan Pasir Puteh di tempat ketiga.

Seramai 14 orang daripada kesemua 39 orang calon UPSR SK Jelawat 2 telah memperolehi keputusan 5A.  Keputusan tersebut telah melayakkan sekolah ini untuk berada di tempat keempat dalam kategori 10 buah sekolah terbaik daerah Bachok. Manakala berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu 1.41, SK Jelawat 2 menduduki tempat kedua dalam Kelantan.

 

Rakaman gambar-gambar berikut menyorot kembali suasana sebelum dan selepas keputusan UPSR diumumkan;

 Tuan Guru Besar, En. C.M Sabri, dan PK Pentadbiran, Tn. Hj. Zahari 
mengumumkan keputusan kepada semua guru.

 Calon-calon UPSR resah semasa menanti keputusan diumumkan.

 Penerima 5A yang terdiri daripada 6 orang lelaki dan 8 orang perempuan 
bergambar kenangan bersama barisan pentadbir dan tenaga pengajar tahun 6.

 Wajah-wajah riang yang mensyukuri kejayaan.

  Lawatan Kecemerlangan UPSR oleh Timbalan Pengarah Pendidikan, Tuan Haji Zahari bin Daud telah menyuntikkan semangat semua guru untuk terus menghasilkan yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CONTOH AKTIVITI PdP

Jumlah Paparan Halaman