SELAMAT DATANG KE LAMAN SK JELAWAT 2. PELBAGAI INFO BERKAITAN SEKOLAH AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA. .

Sabtu, 1 Mac 2014

LAWATAN PENANDA ARAS DAN PERKONGSIAN MAKLUMAT ANTARA JPN PERAK DAN JPN KELANTAN

Alhamdulillah, pada 13 Februari 2014 bersamaan 13 Rabiul Akhir 1435H yang lalu, SK Jelawat 2 telah dipilih sebagai venue bagi lawatan penanda aras dan perkongsian maklumat  antara Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Warga sekolah sangat berbesar hati melayan kunjungan Yang Berusaha Encik Azmi bin Dahali, Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Perak yang mengetuai seramai 30 orang peserta lawatan terdiri daripada wakil-wakil Yayasan Perak, guru besar, PPD, ketua-ketua jabatan unit akademik, dan jemaah nazir.

Ketibaan rombongan pada pukul 8.50 pagi disambut oleh Yang Berusaha Tuan Haji Ab. Aziz bin Abdullah, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Kelantan bersama Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Faizul bin Yusoff, Timbalan PPD Bachok, Puan Hajah Anawiyah binti Abu Samah, Penolong PPD Pengurusan Kualiti serta barisan pentadbir, guru-guru dan pasukan kompang sekolah.


 


Sebaik tiba, kesemua ahli rombongan diiring ke Bilik Mesyuarat Utama SKJ2 di aras bawah blok pentadbiran. Yang Berusaha Tuan Haji Ab. Aziz bin Abdullah telah sudi menyampaikan perutusan aluan sebagai memulakan sesi taklimat dan perkongsian maklumat. Sesi yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari itu menyalurkan pelbagai maklumat berkaitan usaha menggarap kecemerlangan oleh pihak sekolah.

Info-info berkaitan disampaikan sendiri oleh Tuan Guru Besar, Encik C.M. Sabri bin Ibrahim, dan Timbalan PPD, Tuan Haji Mohd Faizul bin Yusoff serta tenaga pengajar Tahun 6 yang berpengalaman iaitu Puan Wan Nor Habani binti Wan Yusuf, Puan Che Husnaini binti Mat Husin, Puan Noor Atipah binti Che A. Bakar, dan Encik Mohd Roshdan bin Mohd Noor.

 









Seusai sesi tersebut, tetamu yang dihormati iaitu Ketua Sektor Pengurusan Akademik dan  wakil Yayasan Perak telah menyampaikan sumbangan cenderamata kepada calon-calon UPSR sekolah, diikuti Majlis Penyampaian Cenderamata yang diadakan di Dewan Munawwarah. Pada majlis tersebut, pihak tuan rumah dan tetamu yang diraikan saling bertukar hadiah serta bergambar untuk kenangan.













Para tetamu disajikan Nasi Kerabu dan pelbagai jenis kuih tradisional tempatan sebagai menu makan tengah hari dan pencuci mulut sebelum mereka bergerak pada jam 1.30 tengah hari untuk meninggalkan perkarangan sekolah .






Semoga lawatan penanda aras dan perkongsian maklumat ini dapat menghasilkan output sebagaimana yang diharapkan oleh kedua-dua belah pihak. In Shaa Allah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CONTOH AKTIVITI PdP

Jumlah Paparan Halaman