SELAMAT DATANG KE LAMAN SK JELAWAT 2. PELBAGAI INFO BERKAITAN SEKOLAH AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA. .

Khamis, 21 November 2013

DEBARAN UPSR 2013 SUDAH BERAKHIR


Keputusan UPSR 2013 telahpun diketahui pada 14 November yang lalu. Alhamdulillah, daerah Bachok dapat mengekalkan prestasi cemerlang dengan mengungguli tempat pertama dalam kedudukan keseluruhan negeri Kelantan, diikuti daerah Pasir Mas di tempat kedua, dan Pasir Puteh di tempat ketiga.

Seramai 14 orang daripada kesemua 39 orang calon UPSR SK Jelawat 2 telah memperolehi keputusan 5A.  Keputusan tersebut telah melayakkan sekolah ini untuk berada di tempat keempat dalam kategori 10 buah sekolah terbaik daerah Bachok. Manakala berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu 1.41, SK Jelawat 2 menduduki tempat kedua dalam Kelantan.

 

Rakaman gambar-gambar berikut menyorot kembali suasana sebelum dan selepas keputusan UPSR diumumkan;

 Tuan Guru Besar, En. C.M Sabri, dan PK Pentadbiran, Tn. Hj. Zahari 
mengumumkan keputusan kepada semua guru.

 Calon-calon UPSR resah semasa menanti keputusan diumumkan.

 Penerima 5A yang terdiri daripada 6 orang lelaki dan 8 orang perempuan 
bergambar kenangan bersama barisan pentadbir dan tenaga pengajar tahun 6.

 Wajah-wajah riang yang mensyukuri kejayaan.

  Lawatan Kecemerlangan UPSR oleh Timbalan Pengarah Pendidikan, Tuan Haji Zahari bin Daud telah menyuntikkan semangat semua guru untuk terus menghasilkan yang terbaik.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CONTOH AKTIVITI PdP

Jumlah Paparan Halaman