SELAMAT DATANG KE LAMAN SK JELAWAT 2. PELBAGAI INFO BERKAITAN SEKOLAH AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA. .

Selasa, 19 Mac 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN BAI’AH / NEW DEAL KPM KALI KE - 2 KEPADA SK JELAWAT 2

SK Jelawat 2 sekali lagi dianugerahkan Sijil Penghargaan Tawaran Baru Guru Besar ( Bai’ah / New Deal ) bagi tahun 2012, selepas berjaya meraih kejayaan sulungnya pada tahun 2011. Majlis ringkas yang diadakan di Dewan Munawarrah SK Jelawat 2 ini telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah  Bachok, Tuan Hj Saupi bin Majid pada 18 Mac 2013.


Encik C.M. Sabri bin Ibrahim selaku Guru Besar SK Jelawat 2 menerima Sijil Penghargaan Bai’ah / New Deal tersebut daripada Tuan Hj Saupi bin Majid disaksikan oleh guru-guru dan murid-murid SK Jelawat 2. 
Tahniah kepada semua warga SK Jelawat 2 di atas kejayaan mencipta nama sebagai salah sebuah sekolah yang cemerlang di PPD Bachok.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CONTOH AKTIVITI PdP

Jumlah Paparan Halaman