SELAMAT DATANG KE LAMAN SK JELAWAT 2. PELBAGAI INFO BERKAITAN SEKOLAH AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA. .

Sabtu, 22 Februari 2014

PEMANTAUAN TAWARAN BARU (NEW DEAL) GURU BESAR KALI KETIGA

Pada tarikh 6 Februari 2014, sekali lagi tercatat sejarah bermakna di SK Jelawat 2. Seorang pegawai dari Jemaah Nazir negeri Perak, dan dua orang pegawai Nazir Jaminan Kualiti masing-masing dari negeri Johor dan Kelantan telah mengadakan lawatan pemantauan bagi pencalonan anugerah Tawaran Baru Guru Besar atau lebih dikenali sebagai Bai'ah buat kali ketiga. Kehadiran mereka telah disambut mesra oleh barisan pentadbir yang diketuai tuan guru besar, Encik C.M. Sabri bin Ibrahim sebelum diiring ke Bilik Mesyuarat Utama.
 

 

Pengalaman sebagai penerima anugerah Bai'ah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2011 dan 2012, menjadi panduan berharga kepada semua guru dan staf untuk membuat persiapan yang sebaik mungkin. Justeru, dokumentasi yang terdiri daripada fail-fail Unit Kurikulum, Unit Hal Ehwal Murid, Unit Kokurikulum, dan Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah (SPKS) dilengkapi bagi tujuan semakan.


 

Tuan guru besar juga telah membentangkan pencapaian sekolah secara keseluruhan yang merangkumi aspek-aspek pentadbiran, pengurusan, kejayaan dalam kurikurikulum, hal ehwal murid, dan kokurikulum, serta penglibatan guru besar dan sekolah dalam hubungan komuniti. Seusai pembentangan, tuan guru besar telah mengiringi pegawai pemantau melawat persekitaran sekolah termasuk kelas Pendidikan Khas, Kantin, Prasekolah,  dan PSS.


Bermula 9.15 pagi, ketiga-tiga orang nazir membuat pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Guru-guru yang terlibat dalam pemantauan ialah tuan guru besar Encik C.M. Sabri bin Ibrahim (Sivik dan Kewarganegaraan kelas 6 Murabbi), Puan Noor Atipah binti Che A. Bakar (Bahasa Inggeris kelas 5 Mudarris) dan Encik Mohd Roshdan bin Mohd Noor (Sains kelas 5 Murabbi).


Sesi pemantauan selesai pada pukul 2.00 petang, dan pihak sekolah berbesar hati diberi kata-kata perangsang daripada kesemua nazir yang terlibat. Kami warga SK Jelawat 2 juga mengharapkan pemantauan kali ini menghasilkan sesuatu yang positif seperti tahun-tahun sebelumnya. Pastinya ia dapat menyuntik semangat untuk terus bersaing dengan sekolah-sekolah hebat yang lain bagi meningkatkan kualiti pencapaian sekolah.

 

Isnin, 3 Februari 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS DAN PELANCARAN MINGGU DISIPLIN SK JELAWAT 2 2014

Tarikh : 19 Januari 2014
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Munawwarah

Bersempena pelancaran Minggu Disiplin SK Jelawat 2, Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS telah diadakan. Majlis ini bertujuan mengiktiraf tugas pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah. Berikut ialah aturcara majlis tersebut:

  • Ucapan oleh Penolong Kanan Pentadbiran: Tn Hj Zahari bin Daud 
  • Nyanyian Lagu Kebangsaan: Negaraku 
  • Bacaan doa 
  • Ucapan oleh Yang Setia Tuan Inspektor Mohd Khairul Mubarak bin Mohamed 
  • Gimik pelancaran
  • Penyampaian watikah 
  • Lafaz ikrar pengawas 
  • Penyampaian cenderahati 
  • Sesi Fotografi untuk kenangan

Dif jemputan, para guru dan murid-murid berhimpun di Dewan Munawwarah.
 
 
 Nyanyian Lagu Kebangsaan dan Bacaan Doa.

Ucapan oleh PK Pentadbiran SK Jelawat 2, Tn Hj Zahari bin Daud dan 
Yang Setia Tuan Inspektor Mohd Khairul Mubarak bin Mohamed, dari IPD Bachok.

Gimik Pelancaran Minggu Disiplin SK Jelawat 2.

Pelaksanaan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah 
dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
















Lafaz Ikrar Pengawas diketuai oleh Siti Nursyafiqah, Ketua Pengawas SK Jelawat 2.

Penyampaian Cenderahati.

Foto Kenangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CONTOH AKTIVITI PdP

Jumlah Paparan Halaman