Kandungan Laman
Selasa, 14 Oktober 2014
Khamis, 20 Mac 2014
Sabtu, 1 Mac 2014
LAWATAN PENANDA ARAS DAN PERKONGSIAN MAKLUMAT ANTARA JPN PERAK DAN JPN KELANTAN
Alhamdulillah, pada 13 Februari 2014 bersamaan 13 Rabiul Akhir 1435H yang lalu, SK Jelawat 2 telah dipilih sebagai venue bagi lawatan penanda aras dan perkongsian maklumat antara Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Warga sekolah sangat berbesar hati melayan kunjungan Yang Berusaha Encik Azmi bin Dahali, Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Perak yang mengetuai seramai 30 orang peserta lawatan terdiri daripada wakil-wakil Yayasan Perak, guru besar, PPD, ketua-ketua jabatan unit akademik, dan jemaah nazir.
Ketibaan rombongan pada pukul 8.50 pagi disambut oleh Yang Berusaha Tuan Haji Ab. Aziz bin Abdullah, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Kelantan bersama Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Faizul bin Yusoff, Timbalan PPD Bachok, Puan Hajah Anawiyah binti Abu Samah, Penolong PPD Pengurusan Kualiti serta barisan pentadbir, guru-guru dan pasukan kompang sekolah.
Sebaik tiba, kesemua ahli rombongan diiring ke Bilik Mesyuarat Utama SKJ2 di aras bawah blok pentadbiran. Yang Berusaha Tuan Haji Ab. Aziz bin Abdullah telah sudi menyampaikan perutusan aluan sebagai memulakan sesi taklimat dan perkongsian maklumat. Sesi yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari itu menyalurkan pelbagai maklumat berkaitan usaha menggarap kecemerlangan oleh pihak sekolah.
Info-info berkaitan disampaikan sendiri oleh Tuan Guru Besar, Encik C.M. Sabri bin Ibrahim, dan Timbalan PPD, Tuan Haji Mohd Faizul bin Yusoff serta tenaga pengajar Tahun 6 yang berpengalaman iaitu Puan Wan Nor Habani binti Wan Yusuf, Puan Che Husnaini binti Mat Husin, Puan Noor Atipah binti Che A. Bakar, dan Encik Mohd Roshdan bin Mohd Noor.
Info-info berkaitan disampaikan sendiri oleh Tuan Guru Besar, Encik C.M. Sabri bin Ibrahim, dan Timbalan PPD, Tuan Haji Mohd Faizul bin Yusoff serta tenaga pengajar Tahun 6 yang berpengalaman iaitu Puan Wan Nor Habani binti Wan Yusuf, Puan Che Husnaini binti Mat Husin, Puan Noor Atipah binti Che A. Bakar, dan Encik Mohd Roshdan bin Mohd Noor.
Seusai sesi tersebut, tetamu yang dihormati iaitu Ketua Sektor Pengurusan Akademik dan wakil Yayasan Perak telah menyampaikan sumbangan cenderamata kepada calon-calon UPSR sekolah, diikuti Majlis Penyampaian Cenderamata yang diadakan di Dewan Munawwarah. Pada majlis tersebut, pihak tuan rumah dan tetamu yang diraikan saling bertukar hadiah serta bergambar untuk kenangan.
Para tetamu disajikan Nasi Kerabu dan pelbagai jenis kuih tradisional tempatan sebagai menu makan tengah hari dan pencuci mulut sebelum mereka bergerak pada jam 1.30 tengah hari untuk meninggalkan perkarangan sekolah .
Semoga lawatan penanda aras dan perkongsian maklumat ini dapat menghasilkan output sebagaimana yang diharapkan oleh kedua-dua belah pihak. In Shaa Allah.
Sabtu, 22 Februari 2014
PEMANTAUAN TAWARAN BARU (NEW DEAL) GURU BESAR KALI KETIGA
Pada tarikh 6 Februari 2014, sekali lagi tercatat sejarah bermakna di SK Jelawat 2. Seorang pegawai dari Jemaah Nazir negeri Perak, dan dua orang pegawai Nazir Jaminan Kualiti masing-masing dari negeri Johor dan Kelantan telah mengadakan lawatan pemantauan bagi pencalonan anugerah Tawaran Baru Guru Besar atau lebih dikenali sebagai Bai'ah buat kali ketiga. Kehadiran mereka telah disambut mesra oleh barisan pentadbir yang diketuai tuan guru besar, Encik C.M. Sabri bin Ibrahim sebelum diiring ke Bilik Mesyuarat Utama.
Pengalaman sebagai penerima anugerah Bai'ah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2011 dan 2012, menjadi panduan berharga kepada semua guru dan staf untuk membuat persiapan yang sebaik mungkin. Justeru, dokumentasi yang terdiri daripada fail-fail Unit Kurikulum, Unit Hal Ehwal Murid, Unit Kokurikulum, dan Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah (SPKS) dilengkapi bagi tujuan semakan.
Tuan guru besar juga telah membentangkan pencapaian sekolah secara keseluruhan yang merangkumi aspek-aspek pentadbiran, pengurusan, kejayaan dalam kurikurikulum, hal ehwal murid, dan kokurikulum, serta penglibatan guru besar dan sekolah dalam hubungan komuniti. Seusai pembentangan, tuan guru besar telah mengiringi pegawai pemantau melawat persekitaran sekolah termasuk kelas Pendidikan Khas, Kantin, Prasekolah, dan PSS.
Bermula 9.15 pagi, ketiga-tiga orang nazir membuat pemantauan pengajaran
dan pembelajaran guru di dalam kelas. Guru-guru yang terlibat dalam
pemantauan ialah tuan guru besar Encik C.M. Sabri bin Ibrahim (Sivik
dan Kewarganegaraan kelas 6 Murabbi), Puan Noor Atipah binti Che A.
Bakar (Bahasa Inggeris kelas 5 Mudarris) dan Encik Mohd Roshdan bin
Mohd Noor (Sains kelas 5 Murabbi).
Sesi pemantauan selesai pada pukul 2.00 petang, dan pihak sekolah berbesar hati diberi kata-kata perangsang daripada kesemua nazir yang terlibat. Kami warga SK Jelawat 2 juga mengharapkan pemantauan kali ini menghasilkan sesuatu yang positif seperti tahun-tahun sebelumnya. Pastinya ia dapat menyuntik semangat untuk terus bersaing dengan sekolah-sekolah hebat yang lain bagi meningkatkan kualiti pencapaian sekolah.
Isnin, 3 Februari 2014
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS DAN PELANCARAN MINGGU DISIPLIN SK JELAWAT 2 2014
Tarikh : 19 Januari 2014
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Munawwarah
Bersempena
pelancaran Minggu Disiplin SK Jelawat 2, Majlis Penyampaian Watikah
Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS telah diadakan. Majlis ini bertujuan
mengiktiraf tugas pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah.
Berikut ialah aturcara majlis tersebut:
- Ucapan oleh Penolong Kanan Pentadbiran: Tn Hj Zahari bin Daud
- Nyanyian Lagu Kebangsaan: Negaraku
- Bacaan doa
- Ucapan oleh Yang Setia Tuan Inspektor Mohd Khairul Mubarak bin Mohamed
- Gimik pelancaran
- Penyampaian watikah
- Lafaz ikrar pengawas
- Penyampaian cenderahati
- Sesi Fotografi untuk kenangan
Dif jemputan, para guru dan murid-murid berhimpun di Dewan Munawwarah.
Nyanyian Lagu Kebangsaan dan Bacaan Doa.
Ucapan oleh PK Pentadbiran SK Jelawat 2, Tn Hj Zahari bin Daud dan
Yang Setia Tuan Inspektor Mohd Khairul Mubarak bin Mohamed, dari IPD Bachok.
Gimik Pelancaran Minggu Disiplin SK Jelawat 2.
Pelaksanaan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah
dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Lafaz Ikrar Pengawas diketuai oleh Siti Nursyafiqah, Ketua Pengawas SK Jelawat 2.
Penyampaian Cenderahati.
Foto Kenangan.
Langgan:
Catatan (Atom)